Salam Ramadhan
KLIK DI SINI untuk PAKEJ IHYA RAMADHAN

PENGENALAN

klcc.jpg

Motivasi ertinya sesuatu yang menjadi perangsang dan pendorong seseorang itu berbuat, bertindak dan melakukan sesuatu dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh. Bagi umat Islam, Allah SWT telah menetapkan bahawa rangsangan dan dorongan adalah bersifat dalaman atau maknawi iaitu dari hati yang beriman dan bertaqwa.

 

Pusat Motivasi Insaniah (PMI) merupakan sebuah perkhidmatan motivasi yang bercita-cita untuk memenuhi sasaran itu di samping bergerak seiringan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat hadhari yang hidup dengan penuh harmoni dan berkasih sayang, yang pembangunan lahiriah (tamadun material) mereka seiring dengan pembangunan insaniah dan akhlak (tamadun rohani) mereka.

 

Untuk mencapai sasaran tersebut, salah satu pendekatan yang digunapakai oleh PMI ialah kaedah motivasi berasaskan sembahyang. Ini merupakan ibu kepada segala motivasi. Melalui sembahyang umat Islam bahkan bukan Islam dapat menyuburkan rasa berTuhan dan rasa kehambaan. Melalui sembahyang umat Islam dapat membina akal dan jiwa seterusnya dapat membentuk peribadi unggul.

 

 

 

 

 

sujudSudah pastilah ini suatu yang hebat dan unik. Sudah pasti umat Islam beroleh kelebihan dan keistimewaan bilamana mereka akan menempuh proses motivasi ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. Inilah formula yang digunapakai sejak zaman Rasulullah lagi sehingga umat Islam menjadi satu bangsa yang gemilang dan terbilang.

 

Inilah merupakan program dan agenda pertama dan utama sekiranya kita ingin memastikan sejarah kegemilangan umat Islam berlaku di tangan kita. Inilah motivasi dan formula kejayaan, kecemerlangan, dan kegemilangan umat Islam semenjak dahulu, kini dan akan datang. Sama-samalah kita berganding bahu agar usaha murni ini menjadi kenyataan.

 

 

 

 

Back to top

 

Senario umat islam

DAHULU

Umat Islam pernah berada di era kegemilangan sehingga ia menjadi bukti sejarah. Kegemilangan itu bukan sahaja berjaya menguasai ¾ dunia tetapi juga turut melalui tempoh pemerintahan yang panjang iaitu selama tujuh abad (700 tahun)

 

muslim map

Pencapaian umat Islam ketika itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Allah SWT mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam layak serta memenuhi tuntutan dan syarat untuk memperolehinya. Malah, bangsa-bangsa lain turut mendapat manafaat dan bernaung di bawah pemerintahan Islam kerana umat Islam itu sendiri dinaungi oleh Allah SWT Yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab tetapi adalah kerana umat Islam ketika itu sangat berpegang kuat kepada Al-Quran dan sunnah Rasul SAW.

 

Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Tuhan. Mereka telah menterjemahkan Al-Quran dan Sunnah ke dalam segenap aspek kehidupan mereka bukan sahaja di sudut ibadah semata-mata tetapi meliputi aspek pembangunan insan, kebajikan sosial dan kekeluargaan, politik, pentadbiran, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, kewangan, kesihatan, perundangan dan kehakiman, sains dan teknologi, ketenteraan, hubungan diplomatik dan sebagainya.

 

Bilamana insaniah manusia sudah terbangun, bilamana jiwa sudah disuburkan dengan rasa cinta dan takut Tuhan, bilamana masyarakat sudah mengamalkan Islam secara menyeluruh di dalam cara hidup mereka, maka jadilah zaman itu sepertimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

kids02

“Sesungguhnya Allah dengan kitab ini (Al-Quran) meninggikan darjat satu kaum dengan menjatuhkan kaum yang lain.” (N.R Muslim)

 

Hasil didikan dan pimpinan Rasulullah membawa manusia kepada Tuhan maka muncullah satu generasi yang memiliki peribadi agung yang diantara ciri-cirinya ialah:

 

  1. Kuat keyakinan kepada Tuhan dan Akhirat.
  2. Memiliki keimanan yang tinggi.
  3. Sangat kuat berpegang kepada syariat dalam segala urusan.
  4. Akhlak mereka sangat mempersonakan.
  5. Kehidupan mereka sangat berdisiplin.
  6. Mereka sangat menghindari maksiat dan kejahatan.
  7. Mereka bersih daripada sifat keji (mazmumah) dan dosa.

KINI

Back to top

kids01Sedang terpampang di persada dunia kini, yang sama-sama kita saksikan, apabila umat Islam sudah mula melupakan Allah SWT dan mengabaikan Rasulullah SAW, umat Islam kini ditimpa kehinaan, krisis berlaku di mana-mana. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia menagih simpati di bumi sendiri. Berlaku perpecahan, perebutan kuasa, tindas menindas, jatuh-menjatuhkan, menzalimi dan dizalimi, hingga membawa kepada huru hara, petelingkahan, permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Umat Islam tidak terbela, tidak lagi dihormati, malah menagih simpati kepada musuh dan kuasa-kuasa besar dunia.

 

 

 

AKAN DATANG

Back to top

malaysia.jpgTuhan Maha Berkuasa tidak akan mempersia-siakan hamba-Nya. Telah disebut melalui lidah Rasul Junjungan SAW bahawa di akhir zaman nanti umat Islam akan kembali gemilang. Yakinlah bahawa saat dan ketikanya sudah hampir. Ketika seluruh manusia kehilangan kasih sayang, ketika akal dan jiwa manusia sudah dirosakkan, ketika seluruh isi dunia sedang menuju kehancuran, di waktu itu umat Islam akan kembali menjadi penyelamat dan membela seluruh umat manusia.

 

 

Jiwa manusia perlu dimotivasikan, fitrah manusia perlu disuburkan, akal manusia perlu dihidangkan dengan minda yang dapat menyuburkan jiwa dan fitrah manusia, nafsu manusia perlu dididik dan diherdik supaya taat kepada akal dan hati, semuanya ini akan mendorong fizikal manusia untuk bertindak mengikut landasan tauhid dan syariat Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah kaedah motivasi yang dilagangkan oleh Pusat Motivasi Insaniah iaitu dengan membangunkan insan manusia agar menjadi seorang mukmin bertaqwa yang cemerlang, gemilang dan terbilang lahiriah dan insaniahnya.

 

Servis PMI